Aaron Terharu Dipuji Rosyam Nor – murai.com

By AaronAziz | April 24, 2009

Thank you Murai.com!.

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=3966&c=1&s=1

Teks oleh Ellyna Ali aaron-rahsia-hati

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2009: Bagaikan serba tak kena Aaron Aziz apabila dipuji berkali-kali oleh Rosyam Nor yang menganggap dia antara aktor pelapis tanah air yang memiliki imej hero Melayu sejati serta penuh maskulin.

Pujian itu diberikan Rosyam apabila memperkatakan tentang drama siri 40 episod, Rahsia Hati lakonan Aaron yang ke udara di Astro Prima bermula hari ini, 23 April.  Rahsia Hati terbitan syarikat produksi Rosyam, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ditayangkan di Astro Prima bermula hari ini, 23 April. Drama ini ke udara setiap Khamis, jam 10 malam.

Selain Aaron, barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama yang sarat dengan konflik air mata itu adalah Arash Mohd, Rita Rudaini, Mohd Azlan Kamiran, Hafizuddin Fadzil, Ifa Raziah, Watie Elite, Rosnah Johari dan Nurul Ab Wahab serta Afian Giman.
“Sebenarnya saya rasa terkejut dan terharu apabila dengar Rosyam cakap begitu pada diri saya. Terasa makin berat  pula tanggungjawab saya selepas ini dan kalau boleh saya buat yang lebih terbaik lagi serta tidak mahu kecewakan Rosyam.

“Saya harap tidak akan ada benda-benda yang tidak elok dikaitkan dengan saya terutama kontroversi panas. Kalau boleh saya mahu cerita yang positif saja.

“Alhamdulillah, setakat ini, nampaknya saya masih boleh bertahan dan teruskan kerjaya saya seperti biasa. Mujurlah saya sudah berumahtangga dan mempunyai 2 anak. Rasanya itulah yang menjauhkan diri saya daripada kontroversi hangat. Kalau nak buat apa-apa, saya sentiasa ingat anak dan isteri dulu. Yang penting saya kena kerja keras sebab saya banyak tanggungan di Malaysia dan Singapura,” katanya kepada murai.com.my.

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang menganggap bahawa dia cepat meraih populariti dalam bidang lakonan selepas melakukan penghijrahan dari Singapura ke Malaysia.

“Tetapi mereka langsung tidak tahu pergorbanan serta susah-payah yang terpaksa saya lalui. Bagi rakan-rakan di Singapura, saya dianggap sudah berjaya di Malaysia.  Hakikatnya, saya tidak rasa begitu kerana semua ini baru permulaan.

“Nasihat yang saya berikan kepada mereka cuma satu. Semuanya itu terletak kepada niat kita. Kalau sekadar hendak glamour dan popular saja, semua itu tidak akan membawa kita ke mana. Bagi saya kerjaya lakonan adalah kerjaya cari makan dan perlu dilakukan dengan serius. Dan saya mahu orang kenal saya sebab lakonan,” katanya Aaron.

Loghat Singapura masih tebal

Sambung Aaron lagi, walaupun sudah menetap di Malaysia, loghat Melayu-Singapura yang dituturkannya itu masih tebal.

l”Biasalah tu sebab saya memang dari sana. Waktu saya berlakon dalam drama Bulan Bertemu Matahari di TV1 tidak lama dulu, pengarah Erma Fatima cakap dia memang suka dengan lakonan saya tapi dia mahu sangat kikis loghat Melayu Singapura saya itu.

“Sebenarnya kalau boleh, saya nak juga watak sebagai pemuda Kelantan, Sabah atau Kedah. Setidak-tidaknya ia mampu mencabar lagi penguasaan saya dalam loghat lain.

“Dulu, ada juga tawaran yang memerlukan saya bercakap dalam loghat Sarawak. Tapi saya tidak berani ambil kerana shootingnya perlu dilakukan dengan segera. Saya hanya akan berani ambil kalau saya diberikan tempoh beberapa bulan untuk menguasainya loghat itu bersama sedikit latihan,” katanya.

Kini, sesudah melengkapkan masa bagi drama bersiri serta 3 telemovie termasuklah Oh Ibu dan Hang Tuah, kontrak Aaron bersama Astro masih lagi disambung  untuk tempoh setahun.

“Tetapi kali ini, saya meminta Astro mengurangkan tempoh jam untuk drama bersiri dan sebagai ganti mereka menambahkan jumlah telemovie yang perlu saya buat. Saya minta begitu sebab saya perlukan ruang untuk berehat.

“Rasa macam tak bernafas pula apabila berkerja secara berterusan selama 6 bulan tanpa henti. Bayangkanlah untuk Rahsia Hati saja saya terbabit sebanyak 40 episod. Tak pernah saya buat drama yang begitu panjang tapi jadual kerja saya di bawah Astro lebih tersusun.

“Saya juga teringin berlakon dengan Nasha Aziz dan Umie Aida,” katanya yang kini menunggu 3 filem lakonannya, Bohsia, Dia Datang dan Pisau Cukur ditayangkan di pawagam.


25 Comments

  • By atikah, April 24, 2009 @ 11:46 pm

    mmg padat betol jadual.
    bce yg ni pon dh rse t’beban dh.
    pnat nye..
    tp still, hasil mantop punye.
    siap rosyam nor puji lg.
    aaron blakon mmg best.
    tak rasa bosan nk tgk aaron blakon.
    tgk ulang2 pon still best.. :)
    keep it up ok!

  • By weeda, April 25, 2009 @ 3:07 pm

    Rosyam takkan bagi such a complimentary kalau dia tak tengok your output, aaron. Kan dah lebih 20 tahun he’s in this line. He knows who’s the best.

    Correction.. bukan saja u tak sepatutnya kecewakan rosyam tapi peminat2 u juga. Siapa tau, u akan jadi klon rosyam. Kpd Diyana & anak2, ketabahan & kesabaran yang tinggi diperlukan apatah lagi pengorbanan masa dan kasihsayang aaron.

    So, aaron.. be the best among the rest!!!

  • By Izan, April 27, 2009 @ 6:11 pm

    pack schedule? well, like they said, bkn snang nk jd snang. all after all, juz gv ur best shot. dun u knw how lucky u r hv such a supportive family? may happiness lies within u n ur famili nway =D

  • By Shah, April 29, 2009 @ 3:56 pm

    Hi Aaron, keep it up bro!!!
    Ada sinar yg ada dlm diri anda, tp kena pandai menafaatkannya. Just sincere advice. Lagi satu, kalo berlakon tu tukar le style rambut.. asyik2 mcm tu aje.. nnt org tak dpt nak beza kan drama2 / filem2 u nnt. Jangan marah.

    p/s i saw u in bangkok jam, bukit bintang, during yr shooting but not sure in cinta gila or rahsia hati. yess!!! u r such a macho n good looking guy. bravooo..(nak tegur takot, nnt director marah pulak!)

  • By sinchan, April 29, 2009 @ 8:08 pm

    wow….dasyatny……nway,gudluck 4 u…..alwys luv ur fmly k…..hope u will always be on the TOP!XD

  • By put, May 1, 2009 @ 8:19 pm

    hi aaron..just came back from sunway..n im really2 glad to see u there just now,for the loreal..im gonna keep the photos for the rest of my life…
    it is surprising that u are much more handsome in the real world..waaa..at first, i saw u walked to the toilet..n i suspected that it was u..but im not sure..n i waited at the outside of the toilet..trying to snap your picture when u come out..after u came out, i follow until at the center, at the loreal booth..n at last, i realized it was really u!!!very excited today…hope to meet you again..
    good luck in your career n your life..

  • By put, May 1, 2009 @ 8:23 pm

    one more thing, i u want to learn bahasa kedah, anytime for u!

  • By Wawa, May 6, 2009 @ 12:38 pm

    Hai Aaron,
    Last nite ‘Cinta Giler’ mmg lawak
    Another excellent piece of work!!
    No matter what, I love your acting bro
    Wawa – Pinggiran Ukay

  • By sham, May 6, 2009 @ 4:25 pm

    hi aaron..

    people will judge u based on what has been done…based on what people see
    so you deserve it…

    all the best to u bro…
    may success be yours…
    amin….

  • By azlanzakaria, May 6, 2009 @ 6:37 pm

    well u deserved to replace rosyam when d time comes over but im abit regret because u r not malaysian..for real u r milik singapore.fortunate malaysian we have a charismatic actress just like aida aris,umie aida,sharifah armani-banyak la actually plus wit 80’s,90,s female artist cam fauziah nawi,ogy,raja azura,aida radzwill-but unfortunately malaysian male actor yg ada charisma just like u,totally lack off.nama cam jalaluddin hassan,rosyam nor-ni jer pieces of male actor yg i can remember..yg acting diaorg mmg dinantikan every single drama or film.btw all d best to you aaron.u r d luckiest man yg got a very big talent in acting.naturally btw.

  • By diyana, May 9, 2009 @ 11:15 am

    i love evry ur character,u”re very talented actor..all the best 4 u

  • By nadia, May 9, 2009 @ 11:50 am

    ur are talented bro! really! masa first time tgk lakonan kamu dalam emil emilda pun, i can see ur can go far dalam dunia seni. Act, saya bukan senang2 nak puji lakonan orang ni. But i see, cara lakonan kamu dengan rosyam nor lebih kurang sama. Both of u talented. Before ni, I think, sy belum jumpa lagi pelakon macam rosyam nor, boleh bawa watak jahat, watak baik. Now, dah jumpa. Tahniah, teruskan berlakon okay! Suka tengok semua lakonan bro :)

    p/s: Glad, satu2 nya pelakon yang tak tinggal family biarpun busy. Keep it up. Jangan jadi macam pelakon lelaki lain okay. Bila dah popular, ‘jumpa org lain’, terus tinggal anak isteri..Harap bro tak macam tu..huhuhu

    p/s: petua pelakon berjaya = Jangan sombong dengan media n peminat :D

    p/s: send my regards to ur family =)

  • By farah, May 10, 2009 @ 2:02 pm

    To kak diana & abg aaron..klau abg aaron nk blajar loghat kelantan ‘pure’,blajar ng sya ek..free of charge..wlaupun sya form 3 tapi loghat kelantan tebal..hehehe..anyway..best of luck 2 u & ur family..

  • By cae, May 12, 2009 @ 2:31 pm

    ada sesiapa tgk Oh! Ibu kat Prima? aku pun terlepas pandang.. the best part is.. mak aku yg suh aku tgk.. “tgk lah siaran 105, ada aaron aziz berlakon.. kisah ibu..” heheh.. promote nampaknya mak aku kan… anyway.. that was a good movie, ada jiwa bila tgk.. congrats aaron.. anda mmg versatile..(1st time tgk aaron nangis dlm tv)

  • By minah banyak cholok, May 12, 2009 @ 6:46 pm

    standing ovation from me.

    am a singaporean living in kay el myself … i must say u’ve progressed sooo much … ur acting is so natural & bersahaja …

    happy watching u on tv … ur accent & slang always put a smile on my face … teringat seh kampong halaman oops negeri sendiri …

    learning the kelantanese dialect, kedah or whatever is not that difficult, … i’m sure u’ll pick them up pretty quickly …

    oklah dol, all the best to u & ur family. have a splendid career.

    better sign off

  • By ena, May 19, 2009 @ 9:56 pm

    skrg ni dah byk u acting on tv.congratulation!!! although muke u serius tapi bile berlakon dlm drama cinta gila menjadi.

  • By eysha, May 22, 2009 @ 12:19 pm

    aah…abg aaron mmg bagus..eysha mmg respek ar ngan abg aaron,dahla bagus dlm lakonan,da dpt rezeki bnyak pon tetap pandai bahagikan masa utk anak dan isteri.Eysha mmg respek ar,kalo tgk zaman skarang mmg ssh nak cari lelaki yang setia n bagus memainkan peranan dlm rumahtangga kan..kan..adik doakan abg bahagia disamping fmily tercinta dunia n akhirat…luv u..emmmmmmuahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  • By Alice, June 22, 2009 @ 5:03 pm

    Well i just wanted to comment on Aaron’s act. As singaporean, they are known as clean country and all the people obey their country’s rule. But how come when u guys come to Malaysia you all do what u are not suppose to do especially litter coz in one of the episode, he threw his ice-cream cone to the sea and didnt pick up the ice-cream cover. At 1st i did adore him but seing this kind of normal singaporean behavior i change my mind, thought he got a good quality but none.

  • By ran meteor, June 23, 2009 @ 12:55 am

    hi abg aaron.. i’m addicted to ur drama especially rahsia hati & cinta gila..hehe.. luv syamir & malik so much.. keep it up.. mmuachx..

  • By hany, July 30, 2009 @ 11:17 pm

    i suka sgt u blakon dgn rita dlm rahsia hati..sepadan sgt….real….

  • By zaza, August 2, 2009 @ 1:58 pm

    aaron mmg layak menerima pujian dr rosyam. sy akui lakonan aaron byk mempengaruhi sy utk menonton drama melayu.. tahniah! berbaloi2!

  • By kay, August 3, 2009 @ 8:27 pm

    Peh!mamang best giler si Aaron tu.Dah lah hensem.Bikin hati ‘layu’…..

  • By babyalexzahid, August 20, 2009 @ 12:03 pm

    hai akum aaron ..congrate and welcome to malaysia..mula mula saya kenal awk masa tgk drama kat tv suria singapura masa tu saya tgk awak biasa-biasa aja..dan saya bukanlah dari kalangan peminat awak…but since citer rahsia hati saya rasa awk berjaya juga menarik saya utk menyaksikan citer tersebut setiap minggu.Meskipun dalam citer BOHSIA awak pegang watak jahat saya tetap nampak kebaikan awk he..he itu tak bermakna awk tak berjaya membawa watak jahat tersebut tapi nampak yang awak sebenarnya ada dua karakter yang berbeza.. baik yang tersembunyi jahat yang perlu diselindung…yang akhirnya saya rasa sebaklah juga.Saya respek dekat awk kerana menjadi seorang yang lelaki yang family man dalam erti kata lain bertanggung jawab terhadap isteri dan anak2x meskipun awk dikelilingi dengan ramai wanita2x yg jelita..anggaplah itu semua dugaan yang awak perlu tempuh dalam mencari sesuap nasi ..saya berani katakan sekiranya awk berjaya menepisnya insyaallah makin dimurahkan rezeki oleh Allah. SETIALAH PADA YANG SATU.Tak guna kalau kita diberi wajah yang sempurna tapi mata keranjang..seperti sesetengah artis tu..tak perlu disebutkan disini rasanya satu malaysia dah tahu..kecantikan wanita akan luntur jua akhirnya..tak akan berkekalan ..tapi mendapat seorang isteri yang baik hatinya akan membuatkan seorang suami lebih bernilai…dari pandangan mata masyarakat.

  • By JiHaH, August 20, 2009 @ 10:39 pm

    hye abg aaron…hehehe…comel ank2 abg aaron..hehehe…i love u’re drama in cinta gila..hehehe…nice..n sweet…hehehe…well…juz want 2 say good luck 4 ever….hehehe….nice 2 know u….hehehe

  • By udin, August 21, 2009 @ 10:58 am

    salam….
    per kaba skarang?abg tau tak per yg wat sy minat kt abg?abg pnyer body tough..sy pon tgh on da way nk wat ketul badan..skang tgh struggle nk dpt 6 pax…hehe..
    sy sker tgok watak abg dlm EVO KL DRIFT tue…ganasssssiap ader tattoo lg..cayalah..Semoga abg terus sukses dlm bidang abg ni..kem slm ngan ank2 abg..

Links to this Post

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

WordPress Themes